Serambi IlMU Rakyat merupakan salah satu Projek Khidmat Komuniti (CSR) oleh Perpustakaan Digital Bank Rakyat. Ia berkonsepkan perkongsian sumber maklumat secara digital dan fizikal.
Sebanyak 7 pangkalan data merangkumi lebih 100 ribu koleksi digital boleh diakses melalui kiosk yang disediakan. Pangkalan data tersebut adalah:
- Emerald
- Overdrive
- BLIS
- e-Law
- e-Newspaper
- RAM Rating
- Pressreader
Semua pangkalan data tersebut adalah bagi subjek perniagaan, kewangan, ekonomi serta bacaan umum.
![]() |
![]() |
Perpustakaan UiTM telah menerima sumbangan berbentuk pc, meja, dan kerusi sebagai kiosk pengguna dan diletakkan di aras 4 bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak di Shah Alam bersebelahan dengan meja konsultasi. Pangkalan data ini juga boleh diakses oleh warga UiTM melalui Portal MyKM pada menu Information Resources > Online Database > EzAccess. Pengguna boleh mendapatkan akses kata laluan bagi database tersebut melalui perkhidmatan Chat with Librarian pada bila-bila masa.
Adalah diharap warga UiTM dapat memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan sebaiknya.