Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato' Seri / Datin Seri / Dato' / Datin / Prof / Prof Madya Dr / Dr / Tuan / Puan yang dihormati,
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM WORLD QURAN HOUR PERINGKAT UiTM CAWANGAN SELANGOR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam akan mengadakan Program World Quran Hour Peringkat UiTM Cawangan Selangor bersempena dengan World Quran Hour yang akan dijalankan serentak di seluruh dunia pada 22 Ramadhan 1444H.
3. Sebagai makluman, Surah yang dipilih bagi tahun ini adalah surah Al-Insan yang akan ditadabbur bersama al-Fadhil Ustaz Haji Nadzri Mustakim, Imam Masjid Negara Malaysia.
4. Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri program tersebut sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 13 April 2023 (Khamis)
Masa : 12.00 – 1.00 tengahari
Tempat : PTAR UiTM Puncak Alam
5. Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi program ini. Kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Nota Penting :
Terbuka kepada semua staf dan pelajar
E-Merit & E-Sijil disediakan kepada pelajar
Hadiah kepada peserta bertuah
Peserta digalakkan membawa al-quran
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh menghubungi Puan Hafiza Mustape (Pustakawan Kanan), di talian 03-32584258 selaku urusetia program. Maklumbalas penyertaan adalah sebelum / pada 11 April 2023 (Selasa) sebelum jam 4.00 petang.
Sila Isi Pautan Pengesahan Kehadiran : https://forms.gle/54PLnFakjxXyxLmp9
Sekian terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”