Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato' Seri / Datin Seri / Dato' / Datin / Prof / Prof Madya Dr / Dr / Tuan / Puan yang dihormati,
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM READ@UiTM “BICARA PENULIS BERSAMA PROFESOR MADYA TS. DR. SABAIANAH BACHOK”
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam akan menganjurkan Program Read@UiTM “Bicara Penulis Bersama Profesor Madya Ts. Dr. Sabaianah Bachok”. Program akan diadakan seperti ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 13 April 2023 (Khamis)
Masa : 9.30 – 10.30 Pagi
Tempat : Bilik Seminar, PTAR Kampus Puncak Alam
3. Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri program ini. Sila isi maklumbalas penyertaan pada atau sebelum 11 April 2023 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh menghubungi Puan Hafiza Mustape (Pustakawan Kanan), di talian 03-32584258 selaku urusetia program.
Pautan Pengesahan Kehadiran : https://forms.gle/jTVhPus9aAe5zPqw8
4. Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi program ini. Kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan Terima kasih.
Nota Penting :
Terbuka kepada semua staf dan pelajar (Terhad 50 orang peserta pertama)
E-Merit & E-Sijil disediakan kepada pelajar
Hadiah kepada peserta bertuah
Sekian terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”