Sempena Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam yang akan diadakan pada 8 dan 9 Jun 2023 ini, jawatankuasa HBP amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Emeritus Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan ke Program Perasmian Program Hari Bertemu Pelanggan PTAR Kampus Puncak Alam pada ketetapan berikut :
Tarikh : 8 Jun 2023 | Khamis
Masa : 9.15 pagi – 11.00 Pagi
Tempat : Ruang Library Community Engagement, PTAR Kampus Puncak Alam
Perasmian program akan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi) Menjalankan Tugas-Tugas Rektor, UiTM Cawangan Selangor.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi menzahirkan penghargaan dan keterujaan PTAR untuk kembali berhubung dan mendekati pelanggan perpustakaan yang kami sayangi. Disertakan juga aturcara bagi program tersebut.
Let's Check In @PTAR Kampus Puncak Alam!
E-Merit kepada Pelajar
E-Sijil kepada semua peserta
Pelbagai hadiah menarik
#hbpptarkpa2023
#letscheckinptarkpa
#ptarkpa